Blog Editor

My photo
VN800 Classic, JSB Bikers Pasir Gudang, Malaysia
KELAB BERMOTOSIKAL BERKUASA TINGGI JSB BIKERS

Info Ringkas Kelab JSB.

Salam Sejahtera....rakan rakan bikers semua..
Kelab Bermotosikal berkuasa tinggi JSB telah ditubuhkan pada tahun 2000 dimana pada masa itu kami hanya mempunyai ahli seramai 8 orang sahaja yang kebanyakannya adalah otai otai belaka..
Pada peringkat awal kami hanya mengunakan jentera berkuasa 175cc sahaja keluaran Modenas,
Sepanjang mengunakan jentera 175cc kami telah majalankan aktivity jelajah Johor sebanyak 3 kali dan Jelajah Pantai Timur sehingga ke Kuala Terengganu..
Kami juga telah menyertai perhimpunan Jaguh seMalaysia di Stadium Indra Mahkota, Kuantan pada tahun 2006,
Tidak ketingalan juga kami bersama BP hawk, jaguh kluang, jaguh mersing telah mengikuti perhimpunan jaguh kebangsaan di Stadium bukit Jalil sempena karnival Jom heboh..
JSB juga telah menganjurkan perhimpunan jaguh johor di Today Market walaupun keseluruhan jentera kami adalah 175cc
Menjelang tahun 2007 kebanyakan ahli ahli JSB telah menukar jentera 175cc mereka kepada jentera yang berkuasa min 500cc.
Sehingga kini keseluruhan ahli JSB telah memiliki jentera min 500cc dan aktif dalam mengikuti aktiviti aktiviti yang dianjurkan oleh kelab Motosikal yang lain..



Monday, November 29, 2010

Ride To tenggaroh..











28hb Nov...JSB bersama group bikers Johor menerima jemputan dar Hj Musa di femda tenggaroh untuk mengiringi rombongan majlis perkahwinan rakan kepada Hj Musa.
Perjalana pergi amat menyeronokan tanpa hujan walaupun kadaan mendung sedikit.Seramai 8 orang ahli JSB lengkap dengan pakaian kelab memulakan perjalanan dari Pasir Gudang jam 10.30pg dan sampai ke tenggaroh jam 12.00 tghari. Kami dibawa ke Tunjuk laut resot untuk escort pengantin menaikai merc JMB11 menuju dewan felda tenggaroh.
Perjalanan pulang kami melalui laluan sedili besar dan melalui jembatan baru ke sedili kecil, sempay kami merakamkan situasi kami diatas jambatan,
Bro Hj haris bermudah hati belanja kami di restoran dengan hidangan Rojak asma..
Walaupun hujan dalm perjalanan balik, perjalana tetap diteruskan..sekitar jam 5ptg kami sampai dipasir gudang..Terima kasih pada JSB....dapat gaji lagi..