Info Ringkas Kelab JSB.
Salam Sejahtera....rakan rakan bikers semua..
Kelab Bermotosikal berkuasa tinggi JSB telah ditubuhkan pada tahun 2000 dimana pada masa itu kami hanya mempunyai ahli seramai 8 orang sahaja yang kebanyakannya adalah otai otai belaka..
Pada peringkat awal kami hanya mengunakan jentera berkuasa 175cc sahaja keluaran Modenas,
Sepanjang mengunakan jentera 175cc kami telah majalankan aktivity jelajah Johor sebanyak 3 kali dan Jelajah Pantai Timur sehingga ke Kuala Terengganu..
Kami juga telah menyertai perhimpunan Jaguh seMalaysia di Stadium Indra Mahkota, Kuantan pada tahun 2006,
Tidak ketingalan juga kami bersama BP hawk, jaguh kluang, jaguh mersing telah mengikuti perhimpunan jaguh kebangsaan di Stadium bukit Jalil sempena karnival Jom heboh..
JSB juga telah menganjurkan perhimpunan jaguh johor di Today Market walaupun keseluruhan jentera kami adalah 175cc
Menjelang tahun 2007 kebanyakan ahli ahli JSB telah menukar jentera 175cc mereka kepada jentera yang berkuasa min 500cc.
Sehingga kini keseluruhan ahli JSB telah memiliki jentera min 500cc dan aktif dalam mengikuti aktiviti aktiviti yang dianjurkan oleh kelab Motosikal yang lain..



Kibar jalur gemilang - Sempena kare kemerdekaan yang ke53, JSB tidak ketingalan untuk menyertai kembara kibarkan jalur gemilang disekitar kawasan penduduk persekitaran bersama beberapa kelab bermotosikal berkuasa tinggi, Seramai 53 buah motosikal telah berjaya dihimpunkan berserta kelab kereta klasik dan kerjasama dari individu yang bermurahhati, kami mengibarkan jalur gemilang sejauh 53km melintasi kawasan perumahan, kawasan perindustrian dan persekitaran bandar denga satu tujuan cintakan negara..kami juga disajikan dengan juadah berbuka puasa dengan masakan ala timur tengah dengan rasa yang enak sekali.
MERDEKA...MERDEKA...MERDEKA