Blog Editor

My photo
VN800 Classic, JSB Bikers Pasir Gudang, Malaysia
KELAB BERMOTOSIKAL BERKUASA TINGGI JSB BIKERS

Info Ringkas Kelab JSB.

Salam Sejahtera....rakan rakan bikers semua..
Kelab Bermotosikal berkuasa tinggi JSB telah ditubuhkan pada tahun 2000 dimana pada masa itu kami hanya mempunyai ahli seramai 8 orang sahaja yang kebanyakannya adalah otai otai belaka..
Pada peringkat awal kami hanya mengunakan jentera berkuasa 175cc sahaja keluaran Modenas,
Sepanjang mengunakan jentera 175cc kami telah majalankan aktivity jelajah Johor sebanyak 3 kali dan Jelajah Pantai Timur sehingga ke Kuala Terengganu..
Kami juga telah menyertai perhimpunan Jaguh seMalaysia di Stadium Indra Mahkota, Kuantan pada tahun 2006,
Tidak ketingalan juga kami bersama BP hawk, jaguh kluang, jaguh mersing telah mengikuti perhimpunan jaguh kebangsaan di Stadium bukit Jalil sempena karnival Jom heboh..
JSB juga telah menganjurkan perhimpunan jaguh johor di Today Market walaupun keseluruhan jentera kami adalah 175cc
Menjelang tahun 2007 kebanyakan ahli ahli JSB telah menukar jentera 175cc mereka kepada jentera yang berkuasa min 500cc.
Sehingga kini keseluruhan ahli JSB telah memiliki jentera min 500cc dan aktif dalam mengikuti aktiviti aktiviti yang dianjurkan oleh kelab Motosikal yang lain..



Monday, November 29, 2010

Ride To tenggaroh..











28hb Nov...JSB bersama group bikers Johor menerima jemputan dar Hj Musa di femda tenggaroh untuk mengiringi rombongan majlis perkahwinan rakan kepada Hj Musa.
Perjalana pergi amat menyeronokan tanpa hujan walaupun kadaan mendung sedikit.Seramai 8 orang ahli JSB lengkap dengan pakaian kelab memulakan perjalanan dari Pasir Gudang jam 10.30pg dan sampai ke tenggaroh jam 12.00 tghari. Kami dibawa ke Tunjuk laut resot untuk escort pengantin menaikai merc JMB11 menuju dewan felda tenggaroh.
Perjalanan pulang kami melalui laluan sedili besar dan melalui jembatan baru ke sedili kecil, sempay kami merakamkan situasi kami diatas jambatan,
Bro Hj haris bermudah hati belanja kami di restoran dengan hidangan Rojak asma..
Walaupun hujan dalm perjalanan balik, perjalana tetap diteruskan..sekitar jam 5ptg kami sampai dipasir gudang..Terima kasih pada JSB....dapat gaji lagi..

Saturday, August 28, 2010







Kibar jalur gemilang - Sempena kare kemerdekaan yang ke53, JSB tidak ketingalan untuk menyertai kembara kibarkan jalur gemilang disekitar kawasan penduduk persekitaran bersama beberapa kelab bermotosikal berkuasa tinggi, Seramai 53 buah motosikal telah berjaya dihimpunkan berserta kelab kereta klasik dan kerjasama dari individu yang bermurahhati, kami mengibarkan jalur gemilang sejauh 53km melintasi kawasan perumahan, kawasan perindustrian dan persekitaran bandar denga satu tujuan cintakan negara..kami juga disajikan dengan juadah berbuka puasa dengan masakan ala timur tengah dengan rasa yang enak sekali.
MERDEKA...MERDEKA...MERDEKA

Sunday, August 8, 2010

Kembara cari makan....











7hb Ogos, sebelum menyambut bulan puasa, kami sempat memanaskan enjin ke Pt raja,Pt Raja darat,Pontian,Rimba terjun, untuk santai ride..
6 buah motor melalui lebuhraya turun ker Air Hitam singah makan tengahari di Pekan Pt Raja sempena lawatan Kembara Mahkota ke pekan Parit raja, jam 1 petang kami bertolak ke Pt raja Darat pekena air nyok ( Air Kelapa ler ) , rehat2, sembang2 suasana kampung...sekitar jam 3 ptg kami bergerak ker pekan Rimba terjun jemputan makan ala kampung..jam 5 ptg kami bergerak melalui laluan link ke2, dan terus pulang...
Terima kasih Pada Tengku leh, Tengku Bob, Tengku Ya,Tengku Me, dan juga rakan bukers Zahrin dan Amy kerana sama2 kami .....Vroommm...



Monday, May 24, 2010

Sebagai aktiviti MESTI mingguan JSB, kami akan menunggang motosikal setiap petang sabtu kedestinasi tertentu untuk memaskan enjin,kepada ahli JSB yang mempunyai kelapangan silalah bersama kami menikmati keindahan laluan E22 dengan tunggangan yang bersahaja sejauh 45km dari Pasir Gudang ke Senai.Sambil menikmati mee rebus diKUlai kita juga boleh memperbaiki cara penunggangan dan belajar selok belok pemanduan jentera berkuasa tinggi...

HIDUP JSB..

Thursday, May 13, 2010

SUKMA 2010 ( MELAKA ) - JSB turut serta

Sebagai sebuah kelab permotoran yang aktif , JSB tidak ketinggalan menyertai sambutan Sukan Malaysia (SUKMA 2010) yang diadakan di Bandaraya bersejarah, 10 orang ahli kelab telah bergerak kemelaka pada 8hb May jam 10pg melalui Highway utara selatan, singah sebentar diparit Sulong untuk solat zohor, menyambung perjalanan melalui jalan lama dan keluar melalui pagoh dah terus ker bandar melaka, kami diraikan oleh Kedai motor BEN ZEN dia durian Daun sebelum berehat ke rumah persingahan sebelum menyertai program seterusnya..sebelah malam kami disajikan dengan makanan yang enak di Dataran Samudra...SYABAS KEPADA PENGANJUR...

Saturday, May 1, 2010

JSB ke Kelantan Bikeweeks


Pada 2hb April, tepat jam 23pm ,8 orang ahli JSB telah berkumpul di KFC Taman Dahlia untuk membuat persediaan menyertai Karnival Kelantan Bikeweeks..Nasib tidah menyebelahi kami, 2 buah motosikal telah mengalamai masallah yeknikal sebelum pun kami berlepas, dengan semnagat bikers menunggu motosikal dibalikpulih, kami hanya dapat berlepas dari Pasir Gudang jam 3pagi....Melalui Kota tinggi, Mersing, Rompin,Pekan,Kuantan,dungun,Kuala Terengganu, dan akhirnya kami sampai jam 18.30pm selepas mengharungi lebih 12jam perjalanan....hanya kita sahaja yang tahu betapa penatnya rakan2 kita tp ia hilang bila bercerita keseronokan penunggangan selama lebih 10jam itu...TAHNIAH KEPADA AHLI KELAB YANG TABAH....